Tuesday, August 18, 2009

walau apa terjadi kau orang tetap dalam ingatan.

Maaf kepada sesiapa yang mengunjungi blog ini tetapi hampa sebab tiada update sejak beberapa hari yang lalu. Mental block. Tidak tahu untuk tulis apa. Hari dan masa berlalu pantas dan tidak menarik untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan untuk dibaca. Rutin harian yang sama cuma bebanan kerja yang berbeza.

Sabtu lepas.

Adalah satu perkara yang menggembirakan apabila melihat rakan-rakan tertawa riang. Aku rindu saat-saat itu. Terima kasih Kem Trainer KLWMBC 2009 dan terima kasih Gadis Sweeden-Kedah, Gadis Part Time Majalah Cosmo, DZKS, Gadis Hot Indonesia dan Gadis, urmph aku masih tidak ada nama untuk dia. Oh yah, dan terima kasih kerana memberi bitch slaps.

Sumpah rindu sama kau orang.

Rindu duduk bersama di dalam kelas. Atau dikafe fakulti. Ketika presentation dalam kelas. Memanjat tangga harapan yang kini berwarna biru dan sudah beratap di kaki bukit. Menatap sambil membuat spekulasi perihal seorang gadis yang terpampang pada billboard besar depan bus stop fakulti. Kejar-mengejar kekasih di Kafe Perindu. Makan maggi bersama kesan dari Pelan Diet Kemiskinan. Bersama menganalisi buah dada dan pinggul si gadis manis. Dikejar atau melarikan diri dari syaitan biru dan arwah timbalan dekan. Pertama kali berkunjung ke PTAR pada hari kedua universiti. Konsert Tiga Diva. Tidak tidur bikin assignment. Menipu lecturer tarikh deadline assignment. Naik bas abang pid sambil buat-buat kecoh walau sorang berdiri di depan sorang lagi di belakang tapi masih gigih teruskan berbual. Melihat seseorang menggelatat bila ternampak anyone yang berkaca mata. Menonton wayang lewat malam. Black-outkan Kelab Sosial Beach. Jatuh di lane tenpin boling. Naik basikal di Bukit Cerakah. Melihat kekecewaan bercinta, tidak kisahlah cinta dari lain jenis atau sama jenis. Berlumba hasilkan slide mega bombastik lagi-lagi saingan hebat dari Gadis Kecil dari Kelantan yang suka buat slide marketing.

Flashing back.

Hari pertama kelas. Semester Satu.

Masing-masing muka blur tapi excited. Gadis Intern Mercy Rambut Besar-slash-Ratu Joget Kelab Sosial (GIMRB/RJKS) gadis pertama yang tegur aku. Correction, cari gaduh. Tiba-tiba pukul dari belakang:

"Kau orang Johor kan?"

Okay perlu aku jelaskan di sini satu kelebihan orang Johor (walaupun aku bukan anak jati Johor). Kami mampu identify warga Johor yang lain dengan hanya melihat kepada seri wajah. Pelik. Tapi benar. Hebat kan.

Aku hanya angguk kepala. Kemudian apa yang aku tahu kami sangat mesra dan serasi. Orang tanya: Kau orang kenal each other? Dari tempat sama? Sekolah sama?

"Tak, baru 5 minit aku kenal dia."

Bangga.

Baru tak sampai 30 minit di fakulti sudah ada gadis melekat. Chick magnet terpampang di dahi.

Tapi tak lama.

Sebab lepas itu baru aku tau GIMRB/RJKS memang extra peramah. Semua orang dia kenal. Semua orang dia tegur. Setiap minit dia akan ada pit stop untuk beramah mesra. Kemudian aku terperasaan. Perkataan halimunan chick magnet di dahi bertukar kepada, Perasan Lebey.

3 comments:

Anonymous said...

nnt cntnue lg!

Dayang Anne said...

hey hey sape the chick eh?? :D

shakila shakilot said...

adakah chick tu si eisz rmbut kembang? haha