Wednesday, August 26, 2009

orang lain pergi lunch aku duduk di ofis dan sambung buat kerja kerana berpuasa.

Jam 1.34 tengah hari. Waktu lunch.

Sumpah.

Lapar gila. Dengan demam lagi. Memang dugaan puasa. Bertambah lapar bila kena buat research pasal cokelat. Dari pagi sampai sekarang tengok iklan cokelat. Mana tak lapar, bai!

Dugaan, dugaan.

Dua perkara yang ingin aku nyatakan.

Pertama.

Aku agak hairan sejak dua menjak ini Bos 1 dan Bos 2 asyik hilang waktu lunch, correction sebelum waktu lunch. Nak kata keluar lunch tak juga because they are not the type. Bos 1 penggemar salad. Dia akan makan dimejanya. Bos 2 pula membawa bekal dari rumah. Bau takyah cakap. Memang tangkap leleh. Yang pasti mereka lebih gemar makan dimeja sendiri. Mungkin terlalu sibuk untuk keluar. Atau malas harungi kesesakan lalu lintas.

Ni mesti kes tinggalkan aku lagi dan pergi meeting. Fine, tak ajak. Abaikan aku.

Tapi hari ini baru aku tau. Rupanya mereka tak hilang. Mereka sebenarnya berada dalam lingkungan ofis cuma dibilik berlainan. Mereka bangun dan pergi ke bilik lain untuk makan tengah hari kerana menghormati aku yang puasa.

Haih, buruk sangka lagi. There goes my pahala.

Kedua.

Pagi tadi aku tergelak sakan bila kawan lama telefon dan keluarkan satu statement berani:

"Aku pergi bazar pun sebab mak aku suruh. Tapi okay juga, boleh aku beli lebih dan makan dalam kereta. Sampai rumah aku buat muka lapar balik."

Kau orang pernah dengar ayat kental macam tu?

Si Ahli Sukan Kacak, semoga kau tercekik masa curi-curi makan dalam kereta.

2 comments:

Dayang Anne said...

cokelat??? cadbury aa?? ur fav kan!! wah, dark chocolate ade sekali tak? ade tak dark chocolate ngan almond or black forest ke mesti lg sdap en?

p.s: haha sumpah statement beliau sgt melampau :D

ayieq said...

bukan cadbury. some other chocs yg terlalu cantik untuk dimakan -_-"