Wednesday, August 5, 2009

selingan sahaja 2

Hari ini agak busy. Sediakan report untuk survey client. Survey-survey yang aku edarkan dan paksa semua orang jawab. Okay, bukan semua orang. Hanya kepada gadis-gadis terpilih.

Ok tipu lagi.

Sebab ada dua wanita jadian yang hot serta mengancam dipaksa untuk menjawab survey itu.

Anyway.

Jiwa kacau. Jiwa kacau.

Apa pasal lah kau ni Cupid. Cuba tuju betul-betul lain kali. Asyik salah orang sahaja. Apa pula alasan kau kali ini? Kau tahu bukan betapa sakitnya jika suka pada orang yang tidak suka pada kita? Kau tahu bukan hati kering aku ini dah banyak kali dikoyak, ditusuk, direbus, digoreng, dipijak, ditolak dari tingkat 5 atau lebih tinggi, dilemaskan dalam tujuh jenis lautan, dalam bahasa yang mudah:

Sering dipermainkan.

Banyak-banyak orang kenapa perlu dia bai? Sah-sah la Si Allergic Seafood tu takkan layan aku.

But then again, pesanan ringkasan dia semalam:

"To tell u d truth, havin u around lately really enlighten my day"

Eh, adakah itu satu petanda?

Atau aku je perasan lebih.

Hurm, I am guessing for the second one.

Sheesh.

4 comments:

Dayang Anne said...

oh berita gembira ini :)

Lisa Sapran said...

u dah belikan arrow, bow dan lampin baru tak?

Anonymous said...

ehhh??

Master POii said...

ahaha!
jentik sket si cupid tuu,,
main2 jerk keje,,
hish,,
xpee,,
senyumkan aje..