Saturday, August 22, 2009

kini aku tahu kenapa Ramadan kali ini aku agak sedih dan sedikit melo.

Firstly, selamat berpuasa semua orang!

Okay bulan Ramadan bulan mulia.

Bulan menguji kesabaran. Banyak hikmah dan hidayah. Segala doa dan ibadah diterima bulat-bulat. Bulan yang pahala, rezeki, datang melimpah ruah. Perang Badar berlaku di bulan Ramadan. Iblis dan syaitan cuti sebulan. Kita didunia tanpa pujukan dan bisikan mereka. Kita berperang dengan nafsu sendiri.

Ya, aku dapat semua ini dari Wikipedia. Kalau kau tanya perkara ini dua tiga hari sebelum puasa, harapan aku dapat jawab. Paling-paling aku buat muka comel dan cuba menukar tajuk.

Bla, bla, bla.

Tapi terus terang aku suka bulan Ramadan.

Sebab segala politik dunia dan diri mengalir perlahan. Perlahan sedikit dari kebiasaan, barangkali.

Oh ada lagi satu.

Aku dapat lihat perubahan manusia. Tiba-tiba jadi lemah lembut. Tiba-tiba anti karaoke. Tiba-tiba anti kelab sosial. Tiba-tiba anti berjimba. Tiba-tiba anti duniawi dan transform jadi rakan surau. Rakan masjid. Rakan baik jemaah dan rakan baik tok imam serta bilal. Senang cerita terus jadi hadhari. Kalau benda ini dilakukan sebelum puasa sudah pasti orang kata:

"Is he okay?" atau "Tanda dia nak meninggal kot,".

Dan yang penting.

Hati orang jadi lebih lembut di bulan Ramadan ni kot. Dulu kawan aku pernah cakap, ini masa paling sesuai untuk buat macam-macam kaedah untuk kenakan orang kerana semua orang lebih pemaaf dan lebih pemurah. Jadi, tak ada masalah sekiranya mereka marah pun, kau minta maaf semuanya akan beres.

Aku ketawa dengan statementnya itu.

Entahlah.

Aku pun tak tahu. Mungkin boleh diterima. Sebab datang bulan puasa berduyun pesanan ringkas masuk memohon kemaafan. Itu belum kira pesanan ringkas waktu Hari Raya.

Tapi yang aku pasti, lepas tu buat taik lagi.

Biasalah, manusia.

Hem,

pejam, celik..

Dah dua tahun.

Al-Fatihah, Reezwan Aziz. Aku harap kau dilayan dengan baik di sana.

4 comments:

Dayang Anne said...

i remembered ur story about him. hmmm ;(

*hugs hugs*

be strong ayieq. kita doa sama2 untuk dia okay.

Farrahh said...

happy berfasting abg ayieq. duit raya jgn lpe :P

ayieq said...

anne: dia ninggal 1st ramadan. sedih gile ;(

farah:bole bole. singgit je cukup

Hafiz Zulkefli said...

oh yes bro,
sedih bila igt our friend, Reezwan.
Imagine how shocked I was cz i baru je jumpa dia like half an hour before the accident.
I'm glad i got the chance to meet him.
Al-Fatihah.