Monday, August 10, 2009

tinggal aku dan bos aku yang masih bertahan di dalam ofis yang suhunya terlalu sejuk.

6.36 petang.

Masih dipejabat. Dedikasi kan? Terasa lambat masa berlalu. Detik saat umpama minit. Minit umpama jam. Jam umpama hari.

Terdapat banyak faktor dan sebab.

Mungkin kerana banyak kerja. Dua kajian yang perlu disiapkan. Eh silap, tiga. So better stay at the office and finish up the work.

Mungkin kerana terlalu penat. Yup, penat kerja, makan, hibur, gosip, doktor cinta, kutuk, cuci mata, buat dosa, bazir duit di Johor Bahru. Aku pernah baca di internet apabila kita terlalu letih dan penat ianya akan menganggu-gugat psikologi kita.

Mungkin kerana tidak cukup tidur. Sama seperti alasan di atas.

Mungkin kerana masih sakit hati dengan keputusan Pertandingan Pancaragam Kebangsaan 2009. Tidak perlu diulas. Kena sengat lebah di Kem Volunteer pun tak sakit macam ini.

Atau,

sebab dia hantar pesanan ringkas dan call kerana risau tapi kau nak merajuk lama-lama?

Ish ish ish.

Aku tersenyum lebar. Boleh tahan mengada juga aku ni.

1 comment:

Dayang Anne said...

HAHAHAHAHA SASBAND MENANG!!!! :DDDD