aku bukan seorang pemarah, aku cuma lapar.
Tuesday, October 18, 2011 | 12:12 PM
Dan dia kirimkan pada aku dua hari lepas.

"Jujur, saya tak rasa nak jumpa awak lagi."

Aku baca berulang-kali. Hari ini pun aku baca. Sebab itu mesej terakhir yang dia hantar pada aku. Ini bukan kali pertama tapi berkali-kali dia kata begitu.

Let's look at it this way.

Mungkin dia tak maksudkannya, maklumlah, orang yang sedang marah sering ucap kata yang mereka tidak maksudkan. Aku pun kadang-kala begitu. Banyak kata-kata yang aku ungkap telah menghiris hati dia. Dan mungkin hati kau orang juga.

Kemudian menyesal.

Minta maaf.

Sesi make out.

Kemudian gaduh balik. Minta maaf dan make out kembali.

And the cycle goes on.

Entah sampai bila.
(1) LUDAHAN

manusia tetap manusia. tahan macam mana pun, masih perlu juga aku luahkan.
Monday, October 17, 2011 | 5:22 PM

Pagi tadi.

Sudah hampir 10 minit aku merenung skrin komputer riba. Jari-jemari yang selalunya menari-nari rancak kini statik. Tidak bergerak. Hanya bersedia di papan kekunci.

Hati tidak tenang dan jiwa kacau. Terkenang perbualan telefon tadi.

"Mama nak hantar Abah pergi hospital ni, dia macam demam. Dua tiga hari ini pun dia susah nak tidur."

Sejak dua menjak ini Timbalan asyik sakit.

"Baru keluar hospital sehari lepas takkan sakit lagi?" spontan aku bertanya diikuti keluh kecil.

Sejak dua menjak ini pun aku asyik mengeluh.

Aku makan dan tersedak. Aku mengeluh. Aku lambat bangkit dari tidur. Aku mengeluh. Pendrive tertinggal dirumah, aku mengeluh. LRT lambat, aku mengeluh. Masalah dalam diri, masalah perhubungan, masalah keluarga dan masalah persekitaran, semua akan aku keluh.

Dan bila Timbalan jatuh sakit lagi aku mengeluh. Bukan sekali. Tapi berkali-kali aku mengeluh.

Sekarang, nasib selalu tidak menyebelahi aku. Apa yang aku buat pasti ada yang tak kena. Nasib baik sudah habis barangkali. Mungkin yang tinggal hanya saki-baki nasib buruk yang menanti masa untuk menimpa satu-persatu.

Oh well, beban dan luka dalam hati, siapa yang tahu. Siapa yang nampak? Atau siapa yang peduli.

Dalam setiap keluhan aku cuba terbitkan senyuman. Cuba jalani kehidupan aku seperti biasa. Aku gagahkan juga jadi peramah. Tapi akan cuba untuk tidak kongsi masalah. Mereka sudah ada masalah sendiri, apa guna aku tambah masalah aku.

"Abah sejuk ni. Nak tidur pun susah. Tak sedap badan. Entahlah.., " ngomel Timbalan, "Abah rindu anak-anak abah. Abah nak balik KL esok juga!" sambungnya lagi, memberontak seakan anak kecil.

“Sabarlah, pergi hospital dulu. Lepas tu balik sini okay?”

“Okay. Nanti Abah sampai, Ayieq temankan abah. Dah lama kita tak bersembang,” katanya lagi.

“Okay, boleh.” jawab aku lemah.

Kemudian aku minta izin untuk tamatkan perbualan. Perlu ke tandas.

Basuh muka. Habuk masuk mata.


(0) LUDAHAN

jangan samakan perkara lepas dengan perkara sekarang.
Monday, September 5, 2011 | 8:50 PM
Selsema masih tidak kering. Satu kotak tisu hampir habis aku kerjakan. Sehelai demi sehelai tisu aku carik, hembus dan buang ke lantai. Bilik aku tiada tong sampah. Jika ada pun sudah penuh. Eh entah, aku pun tak ingat.

Kemudian aku berselubung. Teori hilangkan hingus. "Hingus wujud bila kita sejuk, kalau duduk dalam selimut, suhu akan meningkat naik. Lalu, hingus akan kering dan jadi kerak-kerak yang sedap untuk dikorek. Orgasmitic!" kata aku seorang diri. Kadang-kala kita tidak perlu menjadi doktor untuk rawat sesuatu penyakit. Semua ini logik akal.

Sejam kemudian. Teori gagal miserably. Mungkin sebab itu aku di atas katil dan bukan sedang merawat pesakit.

Lewat petang tadi.

Telefon berdering dan Lelaki Jawa (LJ) di talian.

Aku:
Kau nak apa, aku sedang gosok baju ni.

"Tak apa, maaf, salah nombor," jawab LJ lantas matikan talian.

Seminit kemudian, telefom berdering lagi.

Aku:
Kau dah kenapa letak telefon. Aku tak habis cakap kau dah letak. Biadap tahu tak?

LJ:
Serius shit, aku ingat salah nombor.

Aku:
Kenapa? Kau tak save nombor aku ke apa?

LJ:
Sebab, er, sebab.. kau mana reti gosok baju.

Terus aku letak telefon. Malas aku nak layan. Aku orang sibuk, sentiasa ada misi. Dan misi aku sekarang adalah untuk gosok tujuh helai kemeja dan dua pasang seluar.

"Tonight is going to be a looooong night," bisik aku dalam hati.


(0) LUDAHAN

tweet dari kau orang yang buat aku menulis kembali.
Thursday, September 1, 2011 | 7:18 PM
Aku terjaga dari lena. Terkebil-kebil dan terus capai telefon bimbit. Perkara pertama yang aku lakukan adalah membaca tweet dan status dari rakan-rakan. Dah terjadi rutin. Pergi ke tandas pun aku baca tweet. Mungkin salah satu tweet yang kau baca itu aku lahirkan sewaktu aku sedang, er, meneran.

Okay dah. Jangan bayangkan lama-lama, nanti kau naik jijik.

Rata-rata kawan mengomel mereka bosan dengan raya tahun ini. Entah mengapa, kau orang punya tweet/status tapi aku pula yang berkerut. Aku pelik. Tak dapat digest tweet/status kau orang. Berbeza dengan kau orang, hari raya aku sangat fantastik. Dan berjalan lancar. Sama lancar bila aku sarungkan seluar baju melayu aku. Longgar siot, (sama ada aku kurus atau seluar itu memang besar, but that's not the point, dear!).

Mungkin kerana kau sudah besar dan tidak dapat duit raya. Mungkin kerana kau beraya di kampung dan tidak mendapat capaian internet. Tidak dapat beraya dengan sahabat handai. Mungkin kau berpisah sebentar dengan kekasih. Tak dapat nak comolot. Tak dapat nak geli-geli? Sebab itu kau bosan?

Oh come on, grow up.

Aku ada kawan yang sudah yatim piatu tapi tanpa gagal masih beraya sakan. Gembira dan sentiasa bersemangat. Dia bilang lagi dekat nak raya lagi dia gembira. Rasa rindu makin menebal. Terbayang suasana riuh ibu dan bapa bergaduh kecil untuk persiapan raya. Memori mereka ke masjid untuk solat sunat aidilfitri. Kemudian bersalam raya.

"Dulu pak dan mak aku bawak pi kubur melawat kubur tuk, nek. Sekarang aku pula pi melawat kubur depa," kata Lelaki 1. Naik sebak aku dengar.

Jadi, kau orang harus bersyukur yang kau masih beraya dengan ibu bapa dan sanak-saudara yang lain. Hargai mereka. Untuk beberapa hari ini, cuba kau letakkan telefon dan bersembang dengan mereka. Update with each other. Aku pasti banyak benda yang kau ketinggalan kerana kau terlalu sibuk melayan twitter, bbm, facebook dan internet.

Bila kau lakukan semua ini, aku pasti, ini bukanlah raya yang paling bosan dalam hidup kau.

Syukur lah nak.
(2) LUDAHAN

entri tidak bertajuk.
Tuesday, May 17, 2011 | 12:59 PM
Semalam.

Aku lihat kalendar. 16 May 2011. Ini bermakna sudah 136 hari aku menjalani kehidupan dalam tahun 2011 dengan tabah dan gelabah. Aku mula sedar kenapa aku tidak begitu gembira atau begitu sedih. Aku kehilangan berahi. Kurang semangat. Tiada fantasi. Imaginasi aku dikawal ketat oleh kehidupan. Aku terlalu sibuk mengejar kehidupan.

You see, I am a man of many missions. Banyak perkara yang perlu aku lakukan. Sebagai permulaan berpuluh helai baju harus aku hantar dobi menjelang hari esok. Kemudian aku ada beberapa laman web porno yang perlu aku kaji. Kena khatam. Seterusnya aku sasarkan untuk makan dua pinggan nasi hari ini. You see, sudah aku katakan, I am a man of many missions?

Hidup aku sentiasa ada objektif. Baru aku tidak sesat.

Kecuali jika aku memandu.

Pasti sesat.

Pagi tadi.

Aku bangkit dari tidur dengan perasaan ingin menakluk dunia. Ingin melakukan perubahan. Revolusi dalam diri. Aku punya misi untuk buktikan pada bos dan semua orang yang aku adalah pekerja yang berdedikasi dan berwawasan walau dalam apa keadaan sekalipun. Aku lakukan regangan badan, aku buat dua tiga kali somersault. Okay, aku tipu. Bentuk badan aku tidak mengizinkan aku melakukan apa-apa sahaja aktiviti gimnastik. Aku cuma bayangkan aku buat dua tiga kali somersault. Regangan minda pun dah cukup.

Gosok baju dan seluar. Mandi. Cukur janggut dan mana-mana bahagian lain yang perlu. Gosok baju dan seluar balik. Sebab aku rasa ada kedutan dan aku anti kedutan. Biar muka berkedut jangan baju berkedut. Aku habiskan masa hampir satu jam dengan hanya menggosok seluar. Ini kelemahan aku paling ketara. Menggosok baju. Dan seluar.

Hari ini perlu kacak sedikit berbanding hari biasa. Ambil minyak wangi dan sembur sana sini. Maklumlah, hari revolusi. Hari kebangkitan. Aku harus kelihatan hebat. Aku ke cermin dan setting rambut. Kasi lebih terurus.

Sedang aku sibuk setting-setting rambut, Kakak 1 keluar dari bilik tidurnya dan terkebil melihat aku. "Ayieq buat apa ni?" tanya Kakak 1. Aku tidak endahkan. Ah, aku sedang sibuk berevolusi. Takkan tak nampak aku sedang buat apa. Aku tidak layan sebarang soalan yang memperlekehkan usaha aku.

"Cuti Wesak Day pun kena pergi office ke?" tanya Kakak 1 lagi.

Dan ketahuilah, ketika itu masa umpama berhenti seketika.

"Ehh, err, err, mestilah cuti," aku jawab dengan rendah diri, "Tengah cuba baju ni. Baru beli semalam."
(5) LUDAHAN


| nota sebelum


Lets share your blog!

Free Blog Counter