Wednesday, August 12, 2009

semalam mungkin hari yang kurang baik tetapi chill, esok kan ada.

Semalam.

Tiada apa yang menarik. Biasa-biasa sahaja. Jejaka Intern 1 dan Gadis Intern mengomel aku sudah jarang keluar lunch bersama mereka.

"You don't like us anymore is it?"

Aku senyum kecil.

"We don't want friend with you anymore", kata Gadis Intern.

Cute kan?

At the end of the day atas dasar rasa bersalah (dan keadaan wang yang stabil), aku belanja depa makan. Secret Recipe. Sedap.

Flashback ke masa lalu.

Inilah tempat aku dan DZKS meluahkan hati dan perasaan. We could spent hours and hours duduk di tempat yang sama. Duduk di bahagian dalam, aku kerusi putih dan DZKS atas sofa leather yang empuk (sesuai dengan taraf Divanya). Menghadap dinding yang memaparkan seorang budak perempuan makan kek. Gadis Pan Asian tersenyum manis. Feature wall yang mengiurkan dan memberahikan: memaparkan segala macam hidangan enak yang terdapat di restoran ini. Aku akan stick with kek keju New York. DZKS pula Chocolate Indulgence. Kek rasmi barangkali.

Dan disana kami akan mengutuk kawan, mengutuk lecturers, sharing gossips, mengeluh nasib dan lain-lain lagi sambil makan kek yang menggemukkan. But mostly, aku akan menjadi penasihat cinta rasmi untuk DZKS. Somehow, I'm good at words or advices. Aku mampu untuk rasa kekecewaan dan kesedihan itu lalu aku pindahkan emosi itu kepada kegembiraan. Aku mampu menenangkan mereka.

Apa yang mereka mahukan adalah memori-memori indah. Cerita yang indah-indah.

So I'll give it to them. Tentang bahagia yang menyelimuti mereka. Tentang cinta. Tentang si dia, si Romeo atau Juliet bertuah kerana memiliki each other. Tentang komitmen. Tentang kemanisan hidup. Semua tentang kegembiraan. Mereka mahu sebuah kisah yang akan berakhir dengan happy ending, seperti kisah-kisah indah yang sering dibaca. Tanpa sebarang punch-line jenaka aku akan cuba melukis naratif ini supaya enak didengar. After all apa yang mereka mahukan adalah memori-memori indah. Cerita yang indah-indah.

Sekali sekala aku akan diam, mengunyah makanan. Sesekali, menganguk dan mendengar. Kadangkala, aku tunduk merenung ke bawah, konon macam fikirkan sesuatu.

2 comments:

It'sMyTurnToCry said...

yep..ayieq mmg org y paling best tuk bercerita sbb die suke bagi feedback y leh wat org happy semula...hehe... :)

Dayang Anne said...

trueeee.. ;]]