Tuesday, October 5, 2010

sudah aku bilang, jangan mainkan hati dan perasaan aku.

Sebentar tadi, Lelaki Baru Dapat Awek (LBDA) tanya pada aku.

"Apa khabar cinta tiga hari kau? Lepas ini, macam mana?"

Aku diam. Lama. Tak tahu nak menjawab apa. Kemudian aku angkat bahu, bahasa tubuh bermaksud aku "tak tahu" padanya. Walaupun aku sedar dia tidak dapat melihat kerana kami sekadar berbual melalui telefon.

Aku memang tidak tahu apa seterusnya. Yang aku tahu ini semua perihal gila. Kebetulan, kami selesa with each other. Kebetulan, segala ciri yang aku cari ada pada dia. Chemistry, bak kata orang putih. Kelakar, comel dan memahami. Bermain muzik dan seorang penulis blog. Yang penting dia baca blog ini. Baca nota ringkas, nota leteran dan nota bebelan aku. Kebetulan, dia ada ketika aku perlukan seseorang. Kebetulan, semuanya lengkap. Susah untuk kita bertemu kebetulan yang sempurna.

Ini semua jarang berlaku. Lebih-lebih lagi di alam realiti.

Buat masa ini perkara terbaik adalah untuk tidak berhubung langsung dengan dia. Padam nombor dia. Buang Facebook dia. Padam segala pesanan ringkas dia yang hanya memberi harapan palsu. Kemudian beli tiket kapal terbang dan keluar dari Malaysia sepantas mungkin. Barangkali itu dapat memulihkan hati aku yang cedera. Jika ada duit lebih aku buat pembedahan wajah. Bila pulang semula ke Malaysia mudah untuk mulakan hidup sebagai orang baru.

"Itu dramatik sangat. Apa kau ingat ini sinetron, atau filem?" bantah LBDA.

Aku diam. Lama. Tapi jujur aku katakan, aku rasa lebih selesa bersembunyi dibalik realiti, selesa menjadi karekter fiksional yang orang lain cepat lupakan, sekaligus tidak memberi apa-apa impak pada orang sekeliling. Aku kadang-kadang berangan yang kisah aku konon epik tapi gagal ini akan menjadi salah satu episod drama pendek lima belas minit tontonan ramai.

Dan aku harap ketika itu, orang lain akan tahu betapa susahnya menjadi aku.

1 comment:

Jard The Great said...

erk! kalau dak LBDA baca ini dan masih kontek kamu.. tatau laaa.. ehehe