Duduk atas kerusi empuk di ruang tamu. Setelah puas aku layari internet aku akan turun ke bawah untuk menonton acara sukan. Lazimnya aku akan menonton bersama Timbalan. Kami sama-sama tanpa gagal menjadi pengulas sukan sambilan tiap-tiap malam.
"Kaki dia senget, patut dia loncat lebih tinggi dan rapatkan kepala dekat perut", kata Timbalan, "Haa tengok air terpercik banyak sangat."
Aku angguk kepala, walau aku tak setuju pendapat Timbalan. Kadang-kadang bila pendapat berbeza kami hanya diam. But most of the time, kami akan bertekak dan keluarkan fakta-fakta sukan. Sejarah pertandingan, konsep dan teori sukan. Masing-masing mahu tegakkan hujah masing-masing. Walaupun aku pasti 70% apa yang kami pertahankan semuanya mengarut.
Sedang asyik menonton acara sukan terjun papan anjal telefon Timbalan berbunyi. Disusuli telefon aku beberapa saat kemudian. Satu mesej baru untuk kami berdua.
Aku pandang Timbalan. Timbalan pandang aku.
Yang ini kami akur. It's mutual understanding. Tidak guna bertekak. Kalau nak bertekak juga memang tak berasap dapur jawabnya. Kang tak pasal terus tak makan dua-tiga hari.

No comments:
Post a Comment