Wednesday, October 6, 2010

mana pula sticky pad kuning aku ni.

Tulis pada nota kuning dan tampal pada dinding.

Kalau boleh tampal sekali dekat dahi supaya kau tidak lupa. Benda dah jadi. Lupakan. Maju ke depan. Move on. Langkah setapak ke hadapan. Jangan lagi kau toleh ke belakang.

Dude, pengajaran pada hari ini ialah:

Sila pastikan bila kau ingin sedut air minuman dengan straw, kau memandang ke arah bekas minuman dan posisi straw tersebut. Bukan (diulangi BUKAN) pada gadis manis yang berada di hadapan.

Besar kemungkinan straw itu akan tersalah sasaran dan sekaligus masuk ke dalam lubang hidung kau. Dan kau yang malang itu, akan mendapat malu yang paling besar bila gadis manis itu bertentang mata dengan kau. Worse, terlihat situasi itu. Pada saat itu, meter kacak-habis kau akan jatuh serta merta. Saham merudum. Meter coolness kau jatuh mendadak walau kau sedang minum di Starbucks sambil tayang Blackberry. Pada saat itu kau boleh lupakan untuk minta BB pin si gadis manis.

Akan tetapi, sekiranya hal ini terjadi, pastikan kau tidak kelam-kabut meninggalkan tempat kejadian, atau pun panik tak tentu arah. Sila kontrol pernafasan kau hingga dia berhenti ketawa berdekah-dekah sehingga keluar air mata, dan dekatinya dengan pick-up line yang berbunyi:

"Er, saya memang sengaja buat begitu untuk lihat awak ketawa. Awak nampak lebih comel bila ketawa..."

Ketahuilah, straw minuman dan lubang hidung adalah dua kombinasi yang merbahaya.

Terima kasih, harap maklum.

No comments: