Done.
Aku karang dan betulkan satu persatu perkataan dan ayat yang aku rasa janggal.
Aku baca berulang kali kontrak cinta kami. Kau tahu perasan itu, bila kau dilamun cinta. Kau mahu semuanya indah. Kau mahukan kesempurnaan. Kau mahu ia bertahan dan kekal. Sama macam kau dan seperti kau, aku juga manusia biasa yang berangan dan bermimpi untuk jadi pemilik cinta sejati.
Dengan penuh perasaan aku baca dan menjiwai apa yang aku karang.
".. standing by each other side in what ever circumstances," dia ejek nada bacaan aku, “Wah, bukan main lagi, macam wedding vow," sampuk Timbalan. "Bila nak kahwin ni?" tanya dia lagi.
"Papaaaaaaaaaaaaa! Argggghh, sejak bila berdiri dekat belakanggg! Keluar laaahhhhhh!"
Terus hilang mood cinta aku.
Peringatan kepada diri sendiri. Kalau nak feeling-feeling dilamun cinta, kamu mahu kan privasi, pastikan pintu bilik sentiasa dikunci. Guna kunci mangga Solex jika perlu.
Di sebalik pintu aku dengar gelak ketawa Timbalan semakin menjadi-jadi.

3 comments:
heheee.. sama dgn sumi.. tiba2 ayah ada kat belakang.. maluuuu~ :P
@sumi: haha, malu kan? kusyuk ssgt smpai tak sedar dia masuk bilik. ish
Aku suka fragmen "kontrak cinta". Dalam dan memang masuk akal..hahha.:)
peringatan, pastikan pintu dikunci rapat2.)
Post a Comment