Aku penat dan rasa ingin lenyap dari dunia ini. Heck, aku muntahkan semua cerita ini untuk kamu gelakkan. Kadangkala kamu perlu tahu, aku juga manusia biasa seperti kamu.
They say empty vessels make the most noise. Guess I'm an empty vessel then. But a cute one, of course.
Buka peti mesej keluar, baca berulang kali lalu aku forward pesanan ringkas itu pada Lelaki Baru Dapat Awek (LBDA). Hanya menunggu reaksi dia.
LBDA: Are you insane! Ini memang kerja gila. Sudah aku bilang jangan buat kerja gila.
Aku: Aku tahu, tak perlu kau ingatkan aku.
LBDA: I thought you told me benda ini dah atau akan tamat. Tapi mesej yang kau forward pada aku ni sedikit pun tiada unsur penamat. Are you insane!
Aku: Kusut. Aku tahu apa yang aku buat itu salah. I should have not reply pesanan ringkas dia. Tapi boleh tak kau memihak kepada aku kali ini. Boleh kau anggap apa yang aku buat bukan kerja gila. Aku tahu ini mungkin tak ke mana. Aku tahu semua itu tapi aku tidak mahu fikirkannya. At least bukan sekarang, bukan malam ini, atau dalam waktu terdekat ini. I just want to be happy walau sekejap. Susah sangat ke? Please be by my side, kali ini.
LBDA: Kau percaya pada karma? Sebab aku rasa ini kerja dia.
Secara automatis, umpama mesin masa, memori aku melompat dari satu dimensi ke dimensi lain. Dan berhenti pada satu peristiwa dua-tiga tahun dahulu. Aku, LBDA dan Dia berdiri di tepi bar, dengan berlatarkan suara gemersik si penyanyi, aku tenung pada Dia dan berkata, "Ini kerja gila. Sudah aku bilang jangan buat kerja gila," aku sedut rokok, hembuskan asap, "Perhubungan kau ni tak ke mana, trust me." kata aku lagi.
Dia hanya diam membisu. LBDA yang ketika itu masih single dan tidak ada awek hanya pandang ke arah penyanyi tidak hiraukan perbualan kami. Tapi aku pasti LBDA mencuri dengar setiap sudut apa yang kami bincangkan. Dia masih ceritakan kisah cintanya. Aku hanya mendengar dan sekali-sekala memberi respon dalam nada not so interested to know. Pada aku konsep cintanya tidak boleh diterima akal. Gila. Absurd.
"Semua orang katakan mereka tahu, mereka faham tapi sebenarnya tak semua orang tahu. Tak semua orang faham. Aku sumpah berharap suatu hari nanti kau berada dalam situasi yang sama. Bila kau kena apa yang aku kena, bila kau rasa apa yang aku rasa baru kau akan faham." jelas Dia sambil letakkan sekeping RM50 lalu berjalan keluar dari bar.
Aku, seperti biasa, buat bodoh dan menghargai detik kemenangan itu. Kerana ketika itu aku rasakan semua benda aku tahu. Aku masih muda. Dan yang pasti, masih bodoh.
Tapi benar kata dia.
Kini aku dah kena. Aku dah rasa. It is not the best feeling at all. Dan yang pasti kisah ini harus aku tamatkan.