Watak utama hari ini adalah seorang budak lelaki yang masih kecil dan baru mengenal dunia. Sudah menjadi lumrah bagi umat Islam untuk menyambut Hari Raya bagi menandakan berakhirnya Ramadhan. Dan telah menjadi kebiasan untuk melawat pusara selepas sembahyang Sunat Hari Raya.
Tetapi budak lelaki yang masih kecil dan baru mengenal dunia langsung tidak memahami erti bangun pagi untuk ke masjid kemudian terus ke pusara.
Dia hanya memahami erti mengutip paket hijau. Kadang-kala jika bernasib baik dia akan mendapat lebih dari satu ringgit. Wang itu kemudiannya akan dilaburkan di kedai berhampiran untuk membeli Ding Dang atau Tora. Yang menarik, sifat budiman budak lelaki yang masih kecil dan baru mengenal dunia telah tersemat sejak kecil. Apakan tidak, jika ada gadis manis, dia akan belanja ice krim pop. Jika tidak punya wang lebih, dia akan potong ice krim pop untuk dikongsi bersama.
Sweet kan?
Ketika di pusara, budak lelaki yang masih kecil dan baru mengenal dunia terpinga apabila melihat bukan sahaja ibu bapa dan sanak saudara menitiskan air mata, malah hampir semua orang disitu menangis sedih. Iya, kehilangan orang yang kita sayang adalah satu perkara yang menyakitkan. Dia dapat lihat semua yang datang menadah tangan, dengan mulut terkumat kamit membaca sesuatu, sambil dengan selang seli mengelap air mata yang menitis.
"Adik, ini kubur Atuk. Ni tempat baru atuk."
"Atuk tidur sini ke Papa?" Si bapa hanya diam. Tak menjawab.
Si budak lelaki yang masih kecil dan baru mengenal dunia hanya duduk dan memerhati. Puas dia fikir apa yang sesuai untuk di baca. Kemudian dia terfikirkan tadika lantas teringat apa yang diajar padanya oleh guru. Secara automatis tangannya menadah dan meniru gaya orang sekelilingnya sambil membaca mengikut irama,

4 comments:
BODOOOOOOOOOOOOO HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHA !
sumpah sedih .
macam setan..ni mesti ayieq sendiri kan..macam setaannnn
@arep: mana bodoh, cute ok, cute.
@anne: yeh terima kasih menyelami dgn mendalam emosi yg terkandung dlm post ini.
@deng: haha haha :)
Post a Comment