Wednesday, September 29, 2010

nota rambang dari hati II

Hari ini, dia kecewa kerana selalu memasang harapan. Most of it kerana harapan hanya tinggal harapan. Seperti biasa aku susun ayat satu persatu dan aku lontar pada dia. Dan aku cuba, sedaya upaya untuk mengurai kekusutan dia.

"Saya berharap agar semua cerita berakhir dengan happy ending walaupun mustahil. Saya percaya semua orang, termasuk awak juga harapkan benda yang sama", balas dia. Aku diam sejenak, perlahankan muzik, baca komennya dan mula berfikir.

Ketahuilah kita memang diajar untuk berharap sejak kecil. Itu adalah fakta kehidupan. Tiada siapa boleh sangkal. Aku sendiri berharap perbualan kita dua-tiga hari lepas menjadi kenyataan. Walaupun bagi kau sekadar gurau-senda. Tak apalah, sekurang-kurangnya ia menghiburkan. Bak kata kau, semua orang mengharapkan cerita mereka berakhir dengan happy ending walaupun mustahil.

Termasuk aku.

"Kutip dan simpan sasi baki maruah dan egomu," aku dengar Karma berbisik. Si Cupid hanya diam membisu. Menyimpan kembali panah cintanyanya. Benar kata Sang Karma. Ini kerja gila. Mana mungkin dia boleh suka pada aku. Aku harus tahu yang mana harapan benar dan mana harapan palsu.

Jadi, sebenarnya aku mahukan impian.

Beberapa minggu lepas, aku sangat mahukan malapetaka. Aku pandang ke luar, ke arah langit yang terdedah luas. Kadang-kadang berbintang. Kadang-kadang kosong. Kadang-kadang aku bayangkan kapal terbang meluru ke arah rumah. Aku mahukan kehancuran. Aku mahukan huru-hara. Tapi aku tidak mahu mati. Jadi dalam impian aku, kehancuran pada rumah hanya akan membunuh kebosanan. Bukannya membunuh aku.

Aku cakap mahukan impian, sebab sekarang aku tidak menyimpan apa-apa harapan. Semuanya berkecai. Aku mahu menjadi seorang pemimpi hingga akhir.

Di skrin laptop yang berhabuk tapi masih mampu memantulkan wajah sendiri, aku ternampak kelibat hidung aku menjadi panjang sejengkal. Macam si patung kayu Pinnochio bila bercakap bohong.

No comments: