Aku berjalan-jalan di bandar Facebook. Stalked page dua tiga orang. Okay, pembetulan. Aku tipu. Maksud aku dua tiga puluh orang. Aku tengok gambar mereka, "Kau ingat kau cantik pakai macam itu," kata aku dalam hati. Kemudian aku baca status mereka, "Ah, macam bagus," kata aku lagi. Aku baca wall mereka. Kemudian selak-selak komen mereka. Lalu aku gelak. Gelak kuat-kuat. Aku analisis satu persatu. Dan mata tertumpu pada satu wall. Dia berbicara tentang aku.
"When we're actually talking about Ayieq, it's not easy. Dia makhluk yang unik. Dia syaitan bertopengkan manusia. Dia tiada hati dan perasaan. Cuma dua tiga minggu ini dia ada perasaan, itu pun perasaan sakit. Which is good, after all, after what he did to me. It amazed me how all girls macam falling for Ayieq, termasuklah aku. Masa broke up aku ada curse dia takkan dapat awek sampai bila-bila. But ini dah masuk setahun, ada sahaja perempuan lain dalam hidup dia, bodoh. Macam aku. Bodohnya aku jatuh cinta pada dia."
This is pure entertainment.
Hai, bekas kekasih. I suka sangat pada you sampai I tak peduli pun you bodoh time itu. Sweet kan? Jangan ingat awak tak add saya, saya tak check wall awak. Sudah saya katakan saya adalah stalker? The sweetest stalker. Jika stalking adalah pekerjaan, ah saya sudah kaya-raya, barangkali memandu kereta mewah dengan menghisap curut, memakai kaca mata hitam, dan dikelilingi gadis-gadis yang hanya memakai bikini la senza (take note dear, gadis-gadis, bukan hanya satu gadis).
By the way, awak nampak gemuk sekarang, apa rahsia?

No comments:
Post a Comment