Penghujung tahun 2003.
Aku ketika itu adalah seorang yang tidak berwawasan. Tiada hala-tuju. Baru habis SPM. Masih muda. Masih mentah. Menjadi kelaziman setiap anak muda lepasan sekolah untuk mencari pekerjaan. Banyak-banyak tempat untuk aku kerja, aku pilih untuk kerja di kedai buku. Ironinya, walaupun bekerja di kedai buku tapi kami adalah orang yang tidak gemar membaca buku. Pada usia yang muda, kami adalah sekumpulan remaja yang sedang rebel, anarki serta nakal. Dan ini menjadikan kedai buku itu the coolest book store in town.
Setiap pagi seorang aci akan ditugaskan membersihkan pintu kaca dan dinding kaca disekeliling kedai. Probably tukang lap yang paling berjaya kerana sering memperdayakan pelanggan. Pintu kaca yang disentuh dia seakan invisible. Pelanggan sering kali berlanggar dengan pintu kaca ketika ingin masuk ke dalam kedai. Kadang-kala aku rasa itu caranya untuk dia berhibur. Dan kami akan mengira cop dahi di pintu kaca sebelum pulang ke rumah setiap malam. Enam. Angka tertinggi dalam satu hari.
Kedai buku biasanya akan pasang lagu yang soothing, sedap didengar, alunan muzik yang indah gubahan dari komposer barat. Tapi jangan harap kau nak dengar semua itu di kedai buku kami. Kami sajikan pelanggan kami dengan Limp Bizkit, Green Day, Nirvana atau artis-artis hip hop yang di mana lirik lagu mereka memuja buah dada dan seks bebas.
Setiap kali stok majalah sampai, aku adalah orang pertama yang berebut untuk tanda tangan. Konsepnya mudah. Siapa cepat dia dapat. Kalau aku berjaya menjadi yang pertama, aku punya imuniti dan boleh pilih untuk membaca mana-mana majalah yang aku suka. Majalah separa lucah memang aku rembat dahulu. Ya, kedai kami ada majalah separa lucah, mungkin kerana jaraknya dengan Singapura tidak begitu jauh. Maka kami adalah kedai yang liberal.
Buang sampah? Ah, what an easy job. It’s like walking in the park. We do it with proud. Kadang-kadang kami yang request untuk buang sampah. Jika tiada sampah kami akan curi sampah kedai sebelah. Untuk buang sampah memerlukan troli. Troli bermakna akan ada perlumbaan Formula Satu secara tidak rasmi.
Pernah kami orang dikejar pengawal keselamatan kerana dituduh menimbulkan kekacauan. Ah aku benci mereka. Mereka tidak punya sense of humor. Mereka tidak faham erti jenaka. Mereka gagal read between the lines. Mahupun secara literal kerana majoriti pengawal keselamatan di sana adalah orang Nepal.
Tapi sekarang kedai buku itu telah ditutup. Tak kisah lah, sebab bagi aku kedai buku itu masih the coolest book store in town. Tiada kedai buku lain boleh lawan.
Oh memori, memori.

No comments:
Post a Comment