Saturday, February 13, 2010

semoga cinta, duit dan kudratmu habis dikapak kekasihmu.

Hari ini aku menjadi bounty hunter yang ditugaskan untuk mencari dan menangkap si malaikat cinta yang bernama Cupid yang mereka semua agungkan. Apabila aku dapat menangkap si malaikat kerdil bersayap putih itu, aku patahkan sayap-sayap gebu dan kelar tubuhnya dengan pisau sikit demi sedikit. Kemudian perah sedikit limau dan garam. Biar dia merana sebelum aku membunuhnya. Biar dia rasa keperitan yang dia beri dari busur panah cintanya. Aku akan potong kepalanya dan gantungkan untuk tatapan khalayak ramai. Selebihnya aku lapah dan ceraikan satu persatu bahagian badannya dan aku beri pada anjing hutan mahu pun serigala sebagai makanan.

Dan bila matinya si dewa cinta agung itu, maka matilah juga sambutan Hari Valentina yang semua orang puja.

Indahnya.

Spekulasi Pra Valentina untuk tahun ini ialah:

Kosong. Tiada apa. Sama seperti tahun-tahun yang sudah, berakhir dengan kekosongan, barangkali. Setiap tahun menjelang Valentina aku akan terasa begini. Sifat anti sosial dan nihilistik kian menebal dan emosi kekecewaan akan membuak-buak tanpa disuruh.

Mungkin ini yang aku perlukan.

Bukan puisi. Bukan mawar merah. Atau coklat. Hanya darah merah malaikat cinta yang mengalir panas di kedua belah tangan aku.

Mungkin itu sambutan Valentina yang aku idamkan.

1 comment:

Master POii said...

hurmm,,
*same goes here,,

jgn laa smpai mcm tu,,
senyum kan aje laa...
:)