Tuesday, February 16, 2010

semangat baru yang membara (sementara belum padam).

Oleh kerana rumah ini senyap-sunyi, aku buat-buat bunyi pelik dengan mulut dalam percubaan memeriahkan suasana. Sememangnya satu percubaan yang gagal kerana rumah ini masih terasa senyap.

Dan sunyi.

Bunyi mulut, bunyi telefon bimbit, bunyi speaker dengan subwoofer sekali pun tak sama dengan bunyi benda hidup yang bergelak ketawa. Bunyi benda hidup yang bergelak ketawa lebih menjengkelkan.

Oh well, sekurang-kurangnya sunyi itu tidak menjengkelkan.

Semalam aku habiskan masa membaca semula semua entri dan nota ringkas dalam blog ini. Aku simpulkan di sini dengan azam yang membara (sementara belum padam) keinginan untuk berubah menjadi sebuah karektor yang baru.

Jangan ketawa. Ini bukan metafora.

Dua apa yang aku buat dua hari lepas:

Aku menyental jubin tandas dengan berus berwarna coklat. Dan apa yang aku buat? Aku basahkan kain dan lap jubin tandas. Sudahkah aku cakap, I'm the new man.

Tadi, apa yang aku buat?

Aku basuh pinggan. Aku kemas bilik. Lepas ini mungkin aku akan do the laundry guna tangan. Aku akan vacuum lantai. Aku akan lap tingkap. Mungkin basuh kereta kakak aku.

Okay, don't get too carried away.

Cabaran untuk melakukan silap mata agung ala Houdini tidak lagi mustahil. David Copperfield pun akan bangga dengan aku. Cabaran menukar saiz baju dari XL ke L atau M sedang aku hampiri. Aku dengan gigih cuba menukar diet pemakanan aku. Aku yakin sekurang-kurangnya badan aku mengecil at least 0.2 inchi.

Malah some people berkata secara kolektif, "Eh, dah kuruslah you!", tak tahu aku mereka sebenarnya menyindir atau memuji.

Alah, pandang dari sudut yang positif. Sudah aku cakap, I'm a new man?

Ya, memperkenalkan lelaki yang mungkin paling membosankan pada tahun 2009 tapi tidak lagi pada tahun 2010.

Memperkenalkan, aku.

Bapak-bapak, ibu-ibu, gadis-gadis atau siapa-siapa yang berkenan, boleh lah masuk merisik. Kaunter dibuka dengan efisyen 24 jam.

3 comments:

Anonymous said...

aku tau kau boleh.bukannya tak pernah pun basuh pinggan pun kan. lepas ni cuba jadi less kejam sikit mesti lagi cun! bangga dengan ko bro!

kental tak ingat said...

sial aku puji kau btol-btol la kau memang kurus weh. aku kagum. tp aku tak setuju org atas ni. kau sesuai dengan kejam. aku tak kisah kau berubah, tp jgn jadi baik. hahah

dheep said...

semoga perubahan tersebut berkekalan. ahaks. :)