Dalam beberapa hari ini, aku cuba menjadi seorang insan yang baik. Bertanya khabar. Kerap membalas pesanan ringkas. Mengangkat telefon dan memuji pemakaian seseorang. Kata kan baju itu cantik. Baju itu sesuai dengan tuan empunya badan. Nampak kurus. Nampak lebih slim. Bergaya. Macam mana buruk pun paling-paling aku akan cakap: You look just fine.
Pesanan ringkas masuk.
"I'm bit down because they said my outfit is funny looking."
Oleh itu Gadis C, saya minta maaf kerana tidak berterus-terang tentang pakaian awak tadi. Saya memang langsung tidak arif tentang pakaian wanita. Saya ni buat iklan, bukan buat baju.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
takpe... I boleh faham u
Post a Comment