Tuesday, October 20, 2009

literally speaking, i am definately not feeling well.

Setiap pagi bila aku buka mata, aku rasa mahu menawan dunia. Tapi selalunya, aku akan end up dengan kekecewaan. This is a time in my life where everything is falling apart, literally speaking. Dari kisah cinta. Kisah perilaku-diri. Kisah pekerjaan dan kisah lain-lain lagi.

Mungkin kerana aku telah terlalu biasa menjadi hamba. Menghambakan hidup kepada segala kemungkinan. Pada masa depan. Pada kebijaksanaan. Pada Punk Rock. Pada seksualiti. Pada pornografi. Pada muzik. Pada karma. Pada teknologi. Pada Facebook. Pada sejarah. Pada negara. Pada piercing. Pada pawagam. Pada ayam goreng. Pada Bukit Bintang. Pada makanan segera. Pada protokol. Pada anarki. Pada kebencian.

Pada cinta.

Pada orang lain.

Dan yang paling utama, hamba pada harapan.

Persoalan hari ini, pandai kau bezakan yang mana harapan benar dan yang mana palsu?

No comments: