Aku mula membuka blog ini dengan tujuan untuk mencatit segala kerja, aktiviti mahupun gosip di tempat kerja. Blog ini juga dibuka dengan tujuan sebagai reference, memudahkan aku untuk menulis buku log. Dan sebagai rujukan, mana tau boleh letak sebagai dalam report practical training sebagai apendix. Ah, self initiative dan effort sendiri. Mana tau, markah bonus ke.
Tapi hari ini aku selak-selak blog ini dari bulan Julai sampai sekarang, aku rasa hanya 30% kandungan blog ini tentang perihal kerja aku. Lagi 70% semua ke laut. Oh wait, aku rasa 20% berkenaan kerja, 80% lemas di laut.
Much better.
Kemudian aku masih ingat yang aku telah letakkan penanda aras untuk blog ini. Aku sasarkan pengunjung blog ini akan mencecah ke angka 4000 pada 1 November 2009. Senang cerita, satu ribu orang untuk setiap bulan.
Dan sehingga kini blog counter menunjukkan angka 3876.
Dia tanya.
"Kalau dah cecah 4000 you nak tutup ke blog ni?"
Aku diam.
Tak terfikir ada orang akan bertanya hal ini. Malah aku sendiri tak terfikir akan hal ini.
"Mungkin, barangkali," jawab aku.

3 comments:
aku rasa org2 yg tutup blog semata2 bila dah cukup follower atau dah cukup hits adalah gedik.sekian.
@k.a: ala ala, mara la tu. ehhe.
D.R.A.M.A
..la sgt kan..ngade!!
Post a Comment