Saturday, July 18, 2009

tiga hari dalam satu post.

Aku terharu. Kamu orang tetap jenguk blog ini walau tiada update. Terima kasih. Dua-tiga hari ini agak busy dan terlalu penat untuk menulis.

Selasa.

The Curve. Gelak-gelak. Tawa-tawa. Gosip-gosip dan digosip. Kemudian ke Sunway. Karaoke. Balik hampir mati. Accident. Tapi tak mati. Nyawa panjang.

Lelaki Baru Dapat Awek: "Kau tahu, orang bilang kalau seseorang pergi dulu, Allah lebih sayangkan dia."

Aku: "So, your point is?"

Lelaki Baru Dapat Awek: "Nampak naa Tuhan pun tak sayang kau."

Pundek, lawak kasar.

Rabu.

Terima kasih kepada Gadis 1, PT, Minachi, R, Lobster Guy dan lain-lain kerana menggembirakan hati saya di Luna Bar dan Zouk. Walau penat tetap gigihkan diri. Demi kamu orang. Okay, tipu. Demi alkohol dan joget. Dan rokok. Sangap.

Khamis.

Tidak dapat bangun. Kepala pusing-pusing. Batuk-batuk. Demam. Kali pertama tidak datang kerja. Tidur the whole day. Laptop tolak ketepi. Tiada mood.

Jumaat.

Trainning session best. Tapi serious Saatchi makin sejuk. Jangan sampai aku sorok semua alat kawalan jauh penghawa dingin. Mentang-mentang aku gemuk, mungkin diorang ingat aku daging lembu yang perlu disejukkan. Macam dalam peti ais bai!

Oh yah, rakaman iklan Cadbury Chocolate 1. Memang terbaik. Kepada hero iklan: Lain kali kalau nak suruh aku add kat Facebook, tidak perlu lah private gambar. Kalau nama J.I seorang dua aku boleh sabar tapi ini sampai berpuluh orang. Mana nak jumpa profile. Aiseh.

Sabtu.

Rakaman iklan Cadbury Chocolate 2. Storyboard dia memang cun. Gerenti kamu orang suka. Sebab aku suka. Selalunya jika aku suka orang lain pun akan suka. Jumpa E di KLCC. Dating. But it sucks. Dari muka dia pun aku tau. Sedih. Sumpah sedih. Sebab aku suka dia.

Khinzir punya cupid. Babi la awak. Benci lah awak.

Ah, penat. Nak makan pasta. Yes, fattening. Peduli apa aku. Diva the Great masak. Diva Zan Kole Simon pasti tergelak. Sebab aku rasa mereka ada pakatan untuk kuruskan badan.

10 comments:

Dayang Anne said...

E. ;]

Von YMG said...

u?? the great casanova?? single???? cant believe it la dude...

ayieq said...

anne: mengapa perlu ade E ;]?

yvonne: btol la, single ok.

Anonymous said...

ayieq, cane nk tgk ur older post? -nana-

Dayang Anne said...

because i know the person very well, i guess. ;]

ayieq said...

nana: check kt seksen muntahan - bacaan lepas. pilih bulan dia.

anne: oh good for u then.

Anonymous said...

diva:saya tiada dalam pakatan menguruskan badan
bersama Diva Da' Great..cuma takot alat OSIM
yg kt umah tue jd bahan artifak jika tak
di guna.

btw..tahniah kerana hidup lagi.

p/s: selamat ak balik awal..amin.
=]

Mia Hinata said...

sabar2..sabar...lain kali bakar jew air-cond tu..x pun pi rosakkan..hahahaha...

mkn jew selagi termampu..kita hidup untuk makan..nak kuruskan badan belakang punya crita laaa..hahahahaha

ayieq said...

dedeng: eh btul2, biar mati sebab makan, jangan mati sebab tak makan. eheh

Annif Annas said...

ko memang daging lembu yang perlu disejukkan!