Wednesday, July 29, 2009

sumpah tiada apa yang menarik sepanjang hari ini.

Benda ini dah lapuk. Ramai yang telah bercerita tentangnya, aku tahu. Tapi seperti mana-mana perokok di Malaysia sudah tahu, disetiap kotak rokok sekarang telah dihiasi dengan imej-imej angker dan ngeri yang berkaitan dengan penyakit dan kematian.

Aku secara personal memang menyukai kotak-kotak berimej ini. Aku sukakan perkara horor dan ngeri. Kalau ada roadshow gambar accident aku mula jump up and down. Bukan senang mahu tengok gambar darah terpercik, anggota badan terlerai, otak berkecai. Eh, fucken awesome kan?

Tapi hari ini semasa mahu membeli rokok untuk dihisap, eh I mean membeli rokok untuk dihisap kawan, seorang budak kecil dalam usia 8-9 barangkali dengan konfiden level yang tinggi memotong barisan aku sambil berkata:

"Ane, yang gambar lain ada tak? Gambar baby ni tak takut lah."

Wah.

Adik kecik, high five sikit. Kecik-kecik dah kental.

Ok dah, nak sambung baca buku. Iya, buku tebal nak mampus. Bos 1 suruh baca mengisi masa lapang.

Ah, layankan aja.

1 comment:

Anonymous said...

HAHAHAAH :D