Tuesday, November 10, 2009

nota pendek sahaja hari ini.

Hari ini aku muhasabah diri. Aku konklusikan satu perkara:

Aku lagi market time sekolah berbanding sekarang.

Jauh beza dari zaman sekolah. Sebab dulu zaman sekolah aku hero pujaan wanita (serta laki-laki). Sebab dulu aku masuk banyak acara sukan. Rugbi. Tenpin boling. Lumba lari. Setiap kali aku bertanding dan menang, setiap itulah Puan Besar akan cakap:

"Mama ingat anak hindu mana lari tadi, laju sangat".

Setakat pingat emas, perak dan gangsa, alahai apalah sangat. Berlambak kat rumah. Kalau boleh dijual memang aku dah kaya.

But now, jauh jauh jauh beza. Sekarang aku dah separa debab. Setiap kali jumpa orang, setiap kalilah diorang akan cakap:

"Aku semakin kecil, atau kau yang semakin besar?"

Okay, itu soalan retorik yang tidak perlu dijawab.

Tadi.

Eh awak, tau tak yang awak ni sangat comel? Jangan risau, saya sayang awak berdua. Dah, sampai sini sahaja. Aku nak bersenam. Bersenam tekan-tekan alat kawalan jauh. Harap-harap banyak kalori yang terbakar hari ini.

6 comments:

aizad saripuddin said...

u makin hensem la,dh makin tua ni!
ps bangga nama i dimention disini:p heeee.sayang kamu juga!

RAWNA said...

kau ni. aku kena right click jugak la sbb aku suka open new tab utk komen.hahaha. berapa kalori kau terbakar main remote? aku nak cuba gak.

ayieq said...

@aizad: haha. tgk tu ayat manis lg. haha bangga kan? lol

@ka: haha ala xya susa2, tekan komen dia bukak window kecik yg bru. hehe. byk tak byk sgt la kalori trbakor. hehe

Lisa Sapran said...

ala ala..
kamu si belon mmg suka mengada kan..
kamu mmg market pun
tp buat2 tak tau
bweeekkk!!!
sape je tak syg pada kamu yg comel?

ayieq said...

@mimie: awww, sgt sweet. nk suruh belanje ke ni puji lebey? hehe

Lisa Sapran said...

eh ikhlas ni..from the bottom of my heart

so,
bila nak blanje..lagi? haha ;p