Sunday, November 15, 2009

ketahuilah aku tengok bintang dan aku nampak kau.

Semua orang ada cita-cita. Ada harapan. Ada azam.

Ada hajat.

Kita sentiasa berharap agar semua hajat akan tercapai. Supaya kita boleh tidur lena. Mimpi yang indah-indah. Sesetengah percaya dan berhajat pada shooting stars, percaya pada nombor dan melontar syiling ke dalam kolam atau perigi. Every now and then, one of the wishes comes true.

Kemudian apa? Adakah ia seperti yang kita harapkan? Kemudian apa? Adakah kita akan berhenti untuk mengharap. Berhenti berhajat. Or do we just notice we've got a long list of other wishes waited to be wished?

Aku juga berhajat.

Masa birthday. Sewaktu meniup lilin. Aku pejam mata dan berharap. Tapi kalau diberi peluang aku mahu lakukan semula. Untuk pejam mata dan berharap. Untuk tiup lilin, sekarang, pada detik ini dan berhajat everything will be just fine dan kembali seperti dulu.

Things might not be the same tapi just so you know, aku belum bersedia untuk buang sisi romantik dan kasih sayang begitu saja.

Boleh kita back to square one dan mula kembali?

7 comments:

a.t.O.k. said...

kau....ada jugak sifat mahmudah dalam diri rupanya.

yep.keep on wishing.sooner or later,insyaAllah akn tertunai.

btw,Tuhan tuh, Dia lambat nak tunaikan hajat kita, sbb Dia sayang kita dan suruh kita terus berharap dekat Dia.sebab manusia memang mudah lupe.

ouh, lagi satu, tajuk entri tuh memang sangat thmbs-up weh.

ayieq said...

atook: bukan takat mahmudah. malah saya adalah pemuda harapan Bangsa, yang prihatin, berwawasan, hafal rukun negara, mengikut prinsip Majulah Sukan untuk Negara, Tahun Melawat Malaysia 2009, penyokong Islam Hadhari,penyokong 1malaysia pengundi Barisan Nasional, Belia Benci Dadah, penyokong Mawi, penghantar SMS On Kawan, On Cinta, On Bosan, dan lain-lain.

a.t.O.k. said...

baru puji sikit, terkeluar sifat mazmumah anda.
hesh.
tak baek menipu!

RAWNA said...

dah lama tak tgk bintang. sbb tu aku tak banyak berharap.

Master POii said...

nice one,,
saya pon nk macam tu jugak!!

apis said...

haha. kena la main snakes & ladders if u wanna get back to aquare one!

Anonymous said...

selain rukun negara, rukun iman ngan islam ingat tak ayieq?