Monday, September 3, 2012

menggunakan hashtag dalam blog, apa kau ingat ini twitter?

Blog ini lahir pada tahun 2009 dan akan mati pada September 2012 setelah 3 tahun berada dalam ruang internet dengan 18,375 tatapan, 177 nota dan 78 nota yang tidak diterbitkan. Terima kasih pada para pembaca terutamanya pengikut baru (semalam ada dua orang follow blog ini, yay!) yang sudi mengikuti blog ini walaupun kali terakhir aku terbitkan nota bertarikh 18 Ogos 2011.

Wow, memang dah berhabuk blog ini. Kalau ia sebuah rumah barangkali hantu dan jin sudah mendiaminya.

Sekian sahaja ucapan ala #retis ini. Semoga kita bertemu lagi, which of course, aku akan sambung menulis. Yang membezakannya, sama ada kau jumpa atau tidak blog baru aku nanti.

Happy hunting!

No comments: