tweet dari kau orang yang buat aku menulis kembali.
Thursday, September 1, 2011 | 7:18 PM
Aku terjaga dari lena. Terkebil-kebil dan terus capai telefon bimbit. Perkara pertama yang aku lakukan adalah membaca tweet dan status dari rakan-rakan. Dah terjadi rutin. Pergi ke tandas pun aku baca tweet. Mungkin salah satu tweet yang kau baca itu aku lahirkan sewaktu aku sedang, er, meneran.

Okay dah. Jangan bayangkan lama-lama, nanti kau naik jijik.

Rata-rata kawan mengomel mereka bosan dengan raya tahun ini. Entah mengapa, kau orang punya tweet/status tapi aku pula yang berkerut. Aku pelik. Tak dapat digest tweet/status kau orang. Berbeza dengan kau orang, hari raya aku sangat fantastik. Dan berjalan lancar. Sama lancar bila aku sarungkan seluar baju melayu aku. Longgar siot, (sama ada aku kurus atau seluar itu memang besar, but that's not the point, dear!).

Mungkin kerana kau sudah besar dan tidak dapat duit raya. Mungkin kerana kau beraya di kampung dan tidak mendapat capaian internet. Tidak dapat beraya dengan sahabat handai. Mungkin kau berpisah sebentar dengan kekasih. Tak dapat nak comolot. Tak dapat nak geli-geli? Sebab itu kau bosan?

Oh come on, grow up.

Aku ada kawan yang sudah yatim piatu tapi tanpa gagal masih beraya sakan. Gembira dan sentiasa bersemangat. Dia bilang lagi dekat nak raya lagi dia gembira. Rasa rindu makin menebal. Terbayang suasana riuh ibu dan bapa bergaduh kecil untuk persiapan raya. Memori mereka ke masjid untuk solat sunat aidilfitri. Kemudian bersalam raya.

"Dulu pak dan mak aku bawak pi kubur melawat kubur tuk, nek. Sekarang aku pula pi melawat kubur depa," kata Lelaki 1. Naik sebak aku dengar.

Jadi, kau orang harus bersyukur yang kau masih beraya dengan ibu bapa dan sanak-saudara yang lain. Hargai mereka. Untuk beberapa hari ini, cuba kau letakkan telefon dan bersembang dengan mereka. Update with each other. Aku pasti banyak benda yang kau ketinggalan kerana kau terlalu sibuk melayan twitter, bbm, facebook dan internet.

Bila kau lakukan semua ini, aku pasti, ini bukanlah raya yang paling bosan dalam hidup kau.

Syukur lah nak.
(2) LUDAHAN


nota terkini | nota sebelum


Lets share your blog!

Free Blog Counter