hari ini bangun pagi dengan perasaan ingin menakluk dunia
Saturday, February 19, 2011 | 1:54 PM
Jam loceng berbunyi tanpa henti.

Bangun dari tidur.

Gosok mata.

Tutup jam loceng. Ambil bantal letak celah kangkang dan peluk. Ah, sedap.

Sambung tidur.

Hakikatnya aku adalah manusia biasa. Dan seperti manusia biasa, aku paling benci bangun pagi. Lagi-lagi jika bangun yang dipaksa. Tidur yang terganggu. Setiap hari aku pasang impian untuk tidur awal supaya senang untuk bangkit esok hari. Kadang-kala aku sengaja tutup lampu bilik seawal jam 11 malam. Ambil feel tidur. Tetapi selalunya berakhir dengan kegagalan. Selalunya akan berakhir dengan pornografi.

Er, dan ejakulasi.

Dan pagi ini, seperti hari-hari yang lain aku bangkit dengan perasaan yang sangat lemau. Rsa malas untuk bekerja. Dari aku bangun dari katil, berjalan dua tiga langkah hingga sampai ke tandas aku bebel. Masa mandi aku bebel. Masa sabunkan badan aku bebel. Hinggakan ke saat aku buang air pun aku bebel. Cuma waktu gosok gigi aku kurang membebel. Sebab sukar untuk aku bebel dan gosok gigi pada waktu yang sama.

Kata Kakak 1 pada aku, "Itu lah, siapa suruh tidur lewat, kan dah susah nak bangun pagi."

Sambil kunyah buah epal aku jawab, "It's not that, I just hate Monday!"

"I blame it on Monday Blues. We all hate Mondays kan?" sambung aku lagi.

Betul kan?

Semua orang, especially yang bekerja benci hari Isnin tanpa sebab yang munasabah. Tak percaya cuba online Facebook pagi Isnin dan kau pasti akan bertembung dengan sekurang-kurangnya satu status yang menceritakan betapa buruknya pagi mereka.

"Yeah, I know, tapi pelik lah," kata Kakak 1.

"Apa yang pelik lak. Betul lah. It’s reality."

"Yes I know pasal your teori Monday Blues tu. Tapi kan.."

"Tapi apa lagi. Tak ada sebab lain, ini semua angkara Monday Blues laaa." jelas aku.

Kakak 1 ketawa kuat.

Sungguh menjengkelkan. Aku benci orang ketawa tiba-tiba. Paling aku benci bila orang ketawa sorang-sorang. Kau tahu perasaan itu apabila kawan kau katakan dia ada cerita yang kelakar, tapi tak sampai separuh dia bercerita, dia sudah ketawa terbahak-bahak. Seorang diri. And leave the rest of us wondering dan pandang sesama sendiri. Tahu perasaan itu?

Akhirnya, dia berhenti ketawa lalu berkata, "Tapi, hari ni bukan Isnin pun. Yang kau meroyan tak tentu pasal kenapa?"

Kakak 1 kembali ketawa.

Dan pada saat itu, aku senyap dan terus kunyah buah epal tanpa henti. Er, mak aku pesan masa makan jangan bercakap.

Kurang tertib.

(0) LUDAHAN


nota terkini | nota sebelum


Lets share your blog!

Free Blog Counter