Kau tahu perasaan itu? Perasaan ketika kau sibuk berfantasi dan sibuk memasang harapan sewaktu kecil.
Sejak kecil aku sudah disuapkan dengan cerita dongeng. Cerita fantasi. Cerita kartun. Cerita Walt’s Disney. Haiwan yang petah berkata serta pandai menyanyi dan menari. Gajah telinga besar yang boleh terbang. Rumah yang diperbuat dari gula-gula dan coklat. Jin warna biru yang mampu tunaikan segala cita-cita. Tanam biji kacang yang boleh tumbuh mencecah langit. Jangan ambil buah epal lebih-lebih lagi diberi oleh nenek tua yang hodoh. Jangan banyak tanya jika nenek kau mirip serigala.
Yang penting cerita-cerita ini yang mengajar aku bahawa buat baik akan di balas dengan kebaikan dan buat jahat akan di balas kejahatan. Cerita ini juga yang mengajar aku bahawa tidak salah untuk berfantasi dan memasang harapan.
Aku sering bayangkan aku adalah putera kesatria dan akan selamatkan sang puteri yang terperangkap di dalam istana, di atas bukit. There will be a dragon dan aku dengan berani membunuhnya. Aku akan baring setiap malam dan menutup rapat kedua mata. Terus berfantasi dan berharap sehingga tertidur. Keesokan harinya aku bangun dengan perasaan super hero yang membara lalu berlatih semua skilll seni pertahanan diri yang aku belajar dalam Street Fighter, Mortal Combat mahupun Suria Perkasa Hitam.
Setiap kali bulan Disember aku akan menulis surat kepada Santa. Pernah sekali aku marah sebab dia tidak pernah datang rumah orang Melayu. Bila gigi aku patah atau tercabut aku letak bawah bantal. Pernah juga aku mencebik bibir dengan mama sebab mama nak buang tapi aku berkeras nak letak bawah bantal. Aku harapkan the Tooth Fairy tinggalkan RM1 di bawah bantal.
Semua kerana fantasi. Semua kerana harapan.
Dan ketika itu aku percaya pada Power Ranger, Maskman dan Flashman akan menyelamatkan aku jika aku dalam kesusahan. Sama ada kau sedar atau tidak these characters, tidak kira apa jua karekter fantasi kau sekalipun mereka mainkan peranan penting dalam kehidupan kau. They were so close to you and you could feel them namun lambat laun bila kau dewasa, suatu hari nanti, kau buka kedua belah mata, the fairy tale dissapears.
They said “Move on stop hoping, dreaming and fantasizing”.
But the thing is its hard to let go of that fairy tale entirely cause almost everyone has that smallest bit of hope, of faith.
Semua kerana fantasi. Semua kerana harapan.
Kerana semua orang masih berharap yang pada suatu hari nanti apabila mereka membuka kedua belah mata, segala mimpi mereka akan menjadi kenyataan.
But you know what, tidak mengapa jika kita tidak mampu untuk mencapai tahap happily ever after seperti dalam cerita dongeng yang kita selalu dengar. Cukup sekadar kita ketahui yang kita gembira menjalani kehidupan, well rasanya itu pun sudah mencukupi, kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment