Wednesday, April 7, 2010

i takut you tinggalkan i bila u jadi artis, kata aku pada dia.

Lewat malam semalam.

Lelaki Baru Dapat Awek (LBDA) seperti seorang profesional dalam bidang perhubungan dan percintaan sibuk mengasak aku dengan bertubi-tubi soalan. Segala persoalan cinta akan cuba dia jawab dengan seloka. Lawak-jenaka. Ataupun dia akan jawab dengan persoalan baru. Persoalan yang buat aku fikir selama dua-tiga minggu.

LBDA: Dia tinggalkan kau sebab masalah keluarga dan masalah diri. Dia ada guna ayat klasik "It's not you, it's me" tak?

Aku: Ada.

LBDA: Kemudian dia akan cakap beri dia masa dan ruang untuk dia rindu kau kembali tetapi hakikatnya dia tidak pernah rindukan kau. Dia hanya mainkan kau.

Aku: (diam).

LBDA: Dan kau delete dia dari Facebook?

Aku: Ya, aku terpaksa. Come on, it's just Facebook. But frankly speaking, itu di antara keputusan paling sukar yang pernah aku buat. Umpama memilih jenis arak dan buah dada.

LBDA: It's not just a Facebook, it's a way of life. People get offended easily. But what's the point, I fucking bet kau masih stalk dia walaupun dalam kadar minimal.

Aku: Kekasih dia hantar pesanan ringkas pada aku. Suruh aku move on. Lupakan dia. Lupakan kisah fairy tale ini. Tiada happy ending. Kau tahu perasaan tu? Bila kau tak berdaya untuk buat apa-apa? Kau hanya mahu dia gembira dan diri sendiri gembira.

LBDA: Tapi kau gembira ke?

Aku: (diam).

LBDA: Your'e not happy, man.

Aku: I am, kot. Cinta itu umpama angin. Aku tak nampak, tapi aku rasa.

LBDA: Dia masih menyanyi? Dah jadi artis belum?

Aku: Kenapa?

LBDA: Aku nak suruh Abang Rambut Ketak terjah kau dalam Melodi. Aku nak dengar kau keluarkan statement artist "No comment", sambil memberi senyuman penuh makna.

Aku: (sigh-ing).

LBDA: Dude, hurm, bila nak balik Malaysia? Please come home. Nanti kita sama-sama usaha dapatkan dia kembali okay? Please.

Aku: (diam).

Dua tiga minit selepas itu.

LBDA: Bro, "Cinta itu umpama angin, aku tak nampak tapi aku rasa". Tu skrip dalam A Walk to Remember kan? Kantoi mamat punk rock metal jiwa tissue.

Aku: Mana kau tau. Kau pun tengok ke? Kantoi mamat heavymetal hardcore jiwa tissue.

1 comment:

dheep said...

haha i love this post.

tapi kan ayieq, bunga bukan sekuntum tau, kumbang pun bukan seekor hehe (=P