Friday, January 22, 2010

Benar kata orang jangan cepat sangat gembira.

Mata tertumpu pada komputer riba tapi hati entah ke mana.

Hanya beberapa nyanyian sayu wanita-wanita lara memujuk, merayu si kekasih untuk pulang ke pangkuan berkumandang perlahan menemani aku. Lagu-lagu mereka itu seakan dosage booster tambahan pada mereka-mereka yang kononnya sudah putus harapan tapi masih mengharap pada yang tak pasti.

Mereka-mereka yang malang kerana bergantung harap pada lagu-lagu sedih untuk memberikan mereka harapan fabrikasi bersalut silikon untuk mereka terus hidup.

Mereka-mereka seperti aku, barangkali.

"...but I'm with someone else,.." lebih kurang begitu katanya.

Malam terus berubah kosong. Hanya dengan satu alasan: Memikirkan kau sudah punya pengganti. Membayangkan apa yang sedang kau lakukan, mungkin sedang berpeluk mesra dengan teman baru dan kau kelihatan gembira tanpa aku.

Panaskan api hingga tahap lebur. Kemudian masukkan besi-besi buruk itu ke dalam bekas dan leburkan di bawah api itu, tunggu sampai semuanya cair. Bila besi-besi itu cair dan berubah warna menjadi merah seakan lava volcano, cepat-cepat tuangkan cecair besi panas itu masuk ke dalam acuan berbentuk hati dan biarkan membeku dengan sendiri.

Kemudian belah dadamu, dan tukar hati besi itu dengan hati asalmu.

"Simpan maruah dan egomu", aku dengar Karma berbisik. Si Cupid diam membisu. Menyimpan panahnya.

Aku hanya boleh mengetap bibir dan menahan marah. Tapi suhu hati melebihi seribu darjah celcius.

"Tadi dah a good start so jom we start over again.." pujuk aku.

Ternyata, aku tewas lagi.

5 comments:

paan said...

menembusi hati ak bace post ko ni. ak tahu perasaan tu beb, ak penah kene. tp ak tau ko takkn give up easily. ko mesti try pnye kan. yg pnting xya sedih2. ala mcm ak taktau ko tgh tgk porn skrg even ko konon putus cinta. haha.

pozan said...

berbunga betul bahasa. jiwang jugak dia ni. hehe. u deserve org lain kot. kalau dia ade org lain gi mampus la dia. her lost and not yours la. jap are we talkin bout marilyn? or shim? or dania? jap, which one actually ni? eh sumpah tak sengaja taip semua nama tu weh

ayieq said...

paan: udah2 la tu, pergi la balik rumah. buat pe nye bertandang kt cc tu. terharu lak aku kau bace blog aku.

pozan: woi statement kau mmg mencengkam nyawa. babi tol smua nama ko nk letak kan! haha. weh kau dengan paan ade dekat2 ke? kt cc ek? balik la weh

Lisa Sapran said...

i bukan nak ludah taw. i tepakse klik butang ludahan tu. i tak biasa la nak ludah merata2 nih.

i agak u lupe nak cat hati tu warna merah. i rasa better u cat dulu. klu tak nti cepat karat.

:)

Anonymous said...

eh tipu la ko. td aku call ko ceria je. sial ko depres 10 saat je. ko mne ade perasaan. blah blah, ak knl ko kot. ko heartless pny org. tipu post niiiiiii. hahaaa