Thursday, December 31, 2009

mulakan tahun 2010 dengan penurunan kadar ego sebanyak 20 peratus.

Bila masuk penghujung bulan Disember, aku terima banyak pertanyaan dari kawan-kawan tentang azam dan harapan. Cliché. "Mulai semula hidup dalam frasa baru", jawab aku ringkas.

Tapi yang aku pelik, tidak ada satu pun yang bertanya, "kau nak aku belanja kau Carl's Jr?"

Tahun 2009.

Kita akui sahaja. Kita tak tahu banyak benda sebenarnya. Masing-masing ada kelebihan tertentu. Ada antara kita yang mahir dalam ini, ada yang mahir dalam itu. Kita tahu dan kita simpan banyak sangat fakta. Kita tahu banyak sangat tentang sesuatu yang spesifik. Tapi kita tidak tahu banyak tentang perkara yang umum.

Kita tanya diri kita: "Apa azam tahun ini? Kenapa kita ada di sini?"

Masing-masing ada jawapan sendiri. Nak temui tuhan. Nak kaya. Nak tolong mak-bapak. Nak cari isteri buah dada besar. Nak kahwin orang kaya. Nak jadi blogger terkenal. Nak cari itu ini.

Tahun 2009.

Aku dah banyak belajar tentang hidup. Setiap hari aku belajar. Selagi aku masih hidup, aku belajar. Universiti Kehidupan, bak kata rakan-rakan. Aku tak boleh ponteng kuliah.

Bukan senang untuk keluar dari kepompong ini. It takes time. Sepanjang hidup aku sentiasa berada dalam kepompong kecil. Aku tak berani keluar. Dunia luar dipenuhi ular senduk, hantu toyol, tolol, momok, Tomok, artis-artis AF, budak-budak kecil tak sedar diri, gadis Photoshop, penyokong-penyokong Manchester United. Aku tak biasa dengan mereka. Mereka tak biasa dengan aku. Aku tak sesuai dengan mereka. Mereka tak sesuai dengan aku.

Aku cool, so fuck you.

Tapi kita belajar. Kita belajar hormati orang lain. Kadang-kadang bila pendapat berbeza, kita pelik. Tapi by time, kita sedar yang perbezaan inilah yang membuat dunia ini berputar. Takkan semua orang dalam dunia ini macam aku. Penat.

Tahun 2010, tak banyak aku minta. Aku harap Encik Cupid dan Encik Karma sebelahi aku, at least for once. Asah panah cinta betul-betul, kasi tajam dan melekat. Dan yang penting keluarga dan rakan-rakan sentiasa disisi. Termasuk adik aku. I miss you by my side.

Tutup buku lama. Buka buku baru. Chapter baru.

Selamat tinggal 2009. Hello, apa khabar 2010.

4 comments:

Lisa Sapran said...

i like this post.

i doakan u lebih happy in 2010. dan i doakan ego u betul2 turun sebanyak 20%.

haha

ayieq said...

@mimie: haha, thanks :)

RAWNA said...

selamat tahun baru :)

dheep said...

selamat tahun baru narakka~