Friday, September 25, 2009

si dewasa: 1 - si kanak-kanak: 1

"Pak Cu, hafal ABC tak?"

"Mestilah, belajar tinggi-tinggi kena hafal ABC."

Sambil itu aku dengan bangga cerita perjalanan hidup aku dari zaman mula membaca, zaman tadika, sekolah rendah dan menengah. Sampai masuk universiti pun aku cerita. Aku bersungguh-sungguh cerita (walau pada hakikatnya aku tahu mereka tidak faham) siap ada gaya-gaya tangan.

Mereka angguk-angguk dan dengar dengan khusyuk.

"Cuba Pak Cu baca ABC"

Lalu aku baca ABC. Aku lagukan ABC. Tapi bila aku sampai ke abjad H, mereka gelak. Suruh aku mula kembali. Aku nyanyi dari mula. Sampai ke abjad H makin galak mereka gelak.

Okay something must be wrong.

"Kenapa gelak, betul lah!", tanya aku.

Mereka ketawa berjemaah dan melagukan ABC.

"A,B,C,D,E,F,G.. H1N1," kemudian mereka gelak mengilai dan lari keluar.

Okay fine. Kenakan aku. Pagi-pagi dah bakar line.

Macam haram.

7 comments:

Anonymous said...

hahahah..akhirnya pakcu yg nakal tu dikenakan jugak oleh budak2 tu..

ayieq said...

hihi sabor je lah

dheep said...

budak2 ni lah yg u citer kat saya masa sekolah menengah kan? haha

Anonymous said...

:)

ajid said...

haha,lawak.buat penat je cite zaman skul tu.;D

Dayang Anne said...

HAHAHAHA ayieq kene ngan budak kicik. aiseh pak cu. loll

Anonymous said...

teringat kat blog lama u kat myspace yg your nephew kenakan u dulu... haha